Sunday 14 August 2016

SEJARAH TENTANG HARI KEMERDEKAAN

HARI KEBANGSAAN MALAYSIA disambut di seluruh negara pada setiap 31 OGOS setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 OGOS 2007, Malaysia telah menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke -50
Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12:00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara.
Dalam masa beberapa hari lagi, Persekutuan Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-59 tahun. Oleh itu, hari ini saya ingin berkongsi gambar, video dan serba sedikit mengenai Sejarah Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Pada ketika itu, kewujudan Malaysia tidak dibincangkan lagi, jika ada pun tidak ada direkodkan di dalam buku-buku sejarah.

Jika kita melihat kepada video dan gambar-gambar kemerdekaan pada tahun 1957, kesemua rakyat Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu menyambut Merdeka bersama-sama tanpa mengira kaum dan agama. Semoga semangat setiakawan dan harmoni rakyat Malaysia akan bertambah baik dimasa yang akan datang.


Merdeka 1957


Rasanya setiap kali sambutan Kemerdekaan di adakan, gambar ini akan muncul semula dimana-mana sahaja tetapi tahukah anda siapakah yang mengambil gambar ini? Ianya adalah gambar yang diambil oleh Encik Ng Weng Hong, seorang Jurufoto di Jabatan Penerangan pada ketika itu.Rancangan kemerdekaan untuk Persekutuan Tanah melayu bermula pada 8 Februari 1956 di Lancaster House, London, satu Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani di antara YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu bagi pihak kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Mr. Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Negara Tanah jajahan British bagi pihak Kerajaan British.


Perjanjian kemerdekaan


Rombongan Merdeka


Wakil dari Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang hadir sama pada upacara itu ialah Dato’ Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman, Encik T.H.Tan, Encik Abdul Kadir Shamsuddin, Kolonel H.S. Lee dan wakil-wakil daripada Raja-raja Melayu yang terdiri daripada Dato’ Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz (wakil Sultan Perak), Dato’ Nik Ahmad Kamil (wakil Sultan Kelantan), Dato’ Mohd. Seth Mohd. Said (wakil Sultan Johor) dan Encik Abdul Aziz Majid (wakil Sultan Selangor). Manakala perwakilan daripada Kerajaan British yang turut serta pada upacara ini ialah Mr. John Hore, Menteri Negara; Mr. Donald MacGillivary, Pesuruhjaya Tinggi British bagi Persekutuan Tanah Melayu; Mr. David Watherston, Ketua Setiausaha Persekutuan Tanah Melayu dan Mr. Oscar Spencer, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Persekutuan Tanah Melayu.

Hari Kemerdekaan

KAMI INGIN BERKONGSI TENTANG

 HARI KEMERDEKAAN

HARI KEMEDEKAAN DISAMBUT SETAHUN SEKALI PADA BULAN 31 OGOS
DIIKUTI DENGAN HARI MALAYSIA.PADA TAHUN INI,TEMA KEMERDEKAAN IALAH SEHATI SEJIWA  SAMA SEPERTI  PADA TAHUN 2015

Image result for gambar-gambar hari kemerdekaan malaysia